Pengarang Jantung Hatiku

Pages

RPK dan RSM kereta



Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Kereta

1. Cermin hadapan kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, 
    tidak retak.
2. Bilah pengelap cermin berada dalam keadaan baik, lembut, tidak 
    retak, tidak koyak.
3. Bonet berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak terbuka.
4. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca..
    (sebut nombor plat kereta korang dapat).
5. Lampu hadapan sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan 
    baik, tidak pecah, tidak retak.
6. Bamper berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.
7. Lampu isyarat sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak 
    pecah, tidak retak.
8. Cermin sisi sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak 
    pecah, tidak retak.
9. Tayar hadapan sebelah kanan:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok 
      bunga tayarnya).
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
10. Pintu hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
11. Tingkap hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
12. Jangan lupa tarik dan tekan tombol bonet dan but yang berada 
      berdekatan   di tempat duduk pemandu sebelum pintu pemandu 
      (pintu hadapan sebelah kanan) ditutup.
13. Pintu belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
14. Tingkap belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
15. Tayar belakang sebelah kanan:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok  
      bunga tayarnya).
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
16. Cermin belakang kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, 
      tidak retak.
17. Lampu isyarat, mengundur dan lampu brek sebelah kiri dan kanan
      berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
18. Lampu brek ketiga berada dalam keadaan baik, tidak pecah,
      tidak retak.
19. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca 
     (sebut nombor plat kereta yang korang dapat).
20. Buka but dan periksa komponen dalam but:
      - tayar ganti ada (sebut tiga komponen iaitu..bunga tayar, 
        tekanan angin, dan keadaan fizikal tayar).                         
      - perkakas asas ada dan mencukupi.
      - segi tiga amaran ada dan.
      - alat pemadam api ada.
      (selesai periksa, tutup but)
21. Bamper belakang berada dalam keadaan baik dan kemas, 
      tidak longgar.
22. Tayar belakang sebelah kiri:
      - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok 
        bunga tayarnya).
      - tekanan angin mencukupi.
      - keadaan fizikal tayar baik.
23. Pintu belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
24. Tingkap belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan 
      cermin).
25. Pintu hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
26. Tingkap hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan 
      cermin).
27. Tayar hadapan sebelah kiri:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
      bunga tayarnya).                        
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
28. Lampu isyarat sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak 
      pecah, tidak retak.
29. Cermin sisi sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak 
      pecah, tidak retak.
30. Buka bonet dan periksa komponen dalam bonet (perkenal 
      paling kurang 7 komponen dalam bonet). 
      - Bekas simpanan air pencuci cermin.
          > air ada dan mencukupi
      - Tabung minyak brek.
          > paras bendalir brek mencukupi.
      - Batang penyukat minyak enjin.
          > tarik penyukat dan lap (biasa jpj akan sediakan kain atau
             tisu). masukkan balik dan tarik balik. paras minyak enjin
             mencukupi antara F / L
      - Tali sawat.
         > masih terik, tegang, tidak kendur
      - Bateri sel basah / kering. 
         > (buka penutup bateri sel basah dan periksa air)
      - Hos tangki air.
         > getah masih lembut dan boleh digunakan
      - Penutup tangki air (radiator).
         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi dan tutup
            dengan rapat                              
      - Tangki air simpanan untuk tangki air
         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi 

..bonus untuk korang kerana sabar membaca RPK yang lin tulis..
>> ni lin bagi jugak RSM untuk korang sebagai panduan<<
sebab ada je yang tanya lin kelmarin macam mana nak buat RSM


Rutin Sebelum Memandu (RSM) Kereta

1. Pastikan first sekali korang masuk dalam kereta bagi salam kat
    orang JPJ yang menjadi tester korang. Barulah nampak sopan.
    - Assalamualaikum Tuan
    - Assalamualaikum Puan
2. Then, masuk duduk dengan tenang..
3. Start komunikasi dengan JPJ..pastikan brek tangan ditarik.
    (walaupun dah ditarik..korang turunkan semula dan tarik
     sekali lagi).
4. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan.
5. Tentukan kedudukan tangan (stering sama betul dengan nadi 
    korang).
6. Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri..serta cermin 
    pandang belakang (buat tau jangan cakap je..hehe)
7. Ok then, korang ONkan suis kereta korang..jangan hidupkan 
    enjin lagi.
8. Check instrumen kat dashboard depan korang tu..jangan blog
    je korang ingat ade dashboard. haaa. Tunjukkan kat Tuan
    atau Puan JPJ tu ye.
    - nyatakan tolok bahan bakar (ikut keadaan kereta korang la).
    - nyatakan tolok suhu enjin (ikut keadaan kereta korang la).
    - tunjukkan lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu 
      amaran bateri dan lampu amaran brek tangan.
9. Seterusnya pastikan gear berada dalam keadaan bebas
    (Gerak2kan gear). so that JPJ perasan perbuatan korang.
10. Hidupkan enjin..(jangan lupa. tolong la jangan lupa pastikan
      kaki korang menekan brek atau cekam/clutch)..so that JPJ
      x tick dalam kotak borang ujian korang). Lin alaminya..haha.
11. Mula memastikan peralatan kereta korang berfungsi dengan
      baik. (buat jangan x buat)
      - lampu depan berfungsi dengan baik.
      - lampu isyarat sebelah kanan dan sebelah kiri berfungsi
        dengan baik.
      - lampu hazard berfungsi dengan baik
      - hon berfungsi dengan baik
      - pemancut air dan pengelap cermin berfungsi dengan baik
      - untuk takometer..korang kena tekan minyak ok..
        then meter takometer akan naik. Pastu cakap berfungsi
        dengan baik jugak.
12. Last but not least...perkara paling penting yang wajib. ingat 
      kalau nak lulus JPJ test adalah uji tali pinggang keledar dan 
      pakai. (cara nak uji tali pinggang..korang tarik skit tali pinggang
      dan sentap dengan kuat 2 kali). Barulah markah korang x kena 
      potong.
13. Ok..then jangan rude sangat tiba2 terus nak gerak. X sabar bena 
      nampak. Minta izin JPJ mohon mula bergerak ye..korang.

 ¬¬ sebelum memulakan perjalanan di jalan raya..brek tangan 
       jangan lupakan dijatuhkan..haha kan jadi macam lin plk ¬¬   
   
so that all untuk RPK dan RSM lin kali ni..korang x semestinya ikut seratus peratus seperti yang lin tulis..kalau korang biasa cara lain pun x menjadi kesalahan..asalkan betul.


---ada tersalah tulis or tersilap ejaan..or even tersilap faham tu harap dimaafkan sbb lin hanyalah manusia biasa :D ---
---so good luck yang bakal tempuhi JPJ test nanti--
---selawat kalau korang berdebar sangat sambil tangan di dada---
---ingat Allah selalu---
---kalau yakin boleh in shaa Allah..Allah bagi untuk kita lulus---

Till now..bye.



Suka??Like lah.Takkan like jer comment tak nak???

copyright © All Right Reserved by Allyn Allieyna 2010-2016