Pengarang Jantung Hatiku

Pages

RPK dan RSM kereta



Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Kereta

1. Cermin hadapan kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, 
    tidak retak.
2. Bilah pengelap cermin berada dalam keadaan baik, lembut, tidak 
    retak, tidak koyak.
3. Bonet berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak terbuka.
4. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca..
    (sebut nombor plat kereta korang dapat).
5. Lampu hadapan sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan 
    baik, tidak pecah, tidak retak.
6. Bamper berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.
7. Lampu isyarat sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak 
    pecah, tidak retak.
8. Cermin sisi sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak 
    pecah, tidak retak.
9. Tayar hadapan sebelah kanan:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok 
      bunga tayarnya).
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
10. Pintu hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
11. Tingkap hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
12. Jangan lupa tarik dan tekan tombol bonet dan but yang berada 
      berdekatan   di tempat duduk pemandu sebelum pintu pemandu 
      (pintu hadapan sebelah kanan) ditutup.
13. Pintu belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
14. Tingkap belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
15. Tayar belakang sebelah kanan:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok  
      bunga tayarnya).
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
16. Cermin belakang kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, 
      tidak retak.
17. Lampu isyarat, mengundur dan lampu brek sebelah kiri dan kanan
      berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
18. Lampu brek ketiga berada dalam keadaan baik, tidak pecah,
      tidak retak.
19. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca 
     (sebut nombor plat kereta yang korang dapat).
20. Buka but dan periksa komponen dalam but:
      - tayar ganti ada (sebut tiga komponen iaitu..bunga tayar, 
        tekanan angin, dan keadaan fizikal tayar).                         
      - perkakas asas ada dan mencukupi.
      - segi tiga amaran ada dan.
      - alat pemadam api ada.
      (selesai periksa, tutup but)
21. Bamper belakang berada dalam keadaan baik dan kemas, 
      tidak longgar.
22. Tayar belakang sebelah kiri:
      - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok 
        bunga tayarnya).
      - tekanan angin mencukupi.
      - keadaan fizikal tayar baik.
23. Pintu belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
24. Tingkap belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan 
      cermin).
25. Pintu hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh 
      dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
26. Tingkap hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, 
      boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan 
      cermin).
27. Tayar hadapan sebelah kiri:
    - bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
      bunga tayarnya).                        
    - tekanan angin mencukupi.
    - keadaan fizikal tayar baik.
28. Lampu isyarat sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak 
      pecah, tidak retak.
29. Cermin sisi sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak 
      pecah, tidak retak.
30. Buka bonet dan periksa komponen dalam bonet (perkenal 
      paling kurang 7 komponen dalam bonet). 
      - Bekas simpanan air pencuci cermin.
          > air ada dan mencukupi
      - Tabung minyak brek.
          > paras bendalir brek mencukupi.
      - Batang penyukat minyak enjin.
          > tarik penyukat dan lap (biasa jpj akan sediakan kain atau
             tisu). masukkan balik dan tarik balik. paras minyak enjin
             mencukupi antara F / L
      - Tali sawat.
         > masih terik, tegang, tidak kendur
      - Bateri sel basah / kering. 
         > (buka penutup bateri sel basah dan periksa air)
      - Hos tangki air.
         > getah masih lembut dan boleh digunakan
      - Penutup tangki air (radiator).
         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi dan tutup
            dengan rapat                              
      - Tangki air simpanan untuk tangki air
         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi 

..bonus untuk korang kerana sabar membaca RPK yang lin tulis..
>> ni lin bagi jugak RSM untuk korang sebagai panduan<<
sebab ada je yang tanya lin kelmarin macam mana nak buat RSM


Rutin Sebelum Memandu (RSM) Kereta

1. Pastikan first sekali korang masuk dalam kereta bagi salam kat
    orang JPJ yang menjadi tester korang. Barulah nampak sopan.
    - Assalamualaikum Tuan
    - Assalamualaikum Puan
2. Then, masuk duduk dengan tenang..
3. Start komunikasi dengan JPJ..pastikan brek tangan ditarik.
    (walaupun dah ditarik..korang turunkan semula dan tarik
     sekali lagi).
4. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan.
5. Tentukan kedudukan tangan (stering sama betul dengan nadi 
    korang).
6. Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri..serta cermin 
    pandang belakang (buat tau jangan cakap je..hehe)
7. Ok then, korang ONkan suis kereta korang..jangan hidupkan 
    enjin lagi.
8. Check instrumen kat dashboard depan korang tu..jangan blog
    je korang ingat ade dashboard. haaa. Tunjukkan kat Tuan
    atau Puan JPJ tu ye.
    - nyatakan tolok bahan bakar (ikut keadaan kereta korang la).
    - nyatakan tolok suhu enjin (ikut keadaan kereta korang la).
    - tunjukkan lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu 
      amaran bateri dan lampu amaran brek tangan.
9. Seterusnya pastikan gear berada dalam keadaan bebas
    (Gerak2kan gear). so that JPJ perasan perbuatan korang.
10. Hidupkan enjin..(jangan lupa. tolong la jangan lupa pastikan
      kaki korang menekan brek atau cekam/clutch)..so that JPJ
      x tick dalam kotak borang ujian korang). Lin alaminya..haha.
11. Mula memastikan peralatan kereta korang berfungsi dengan
      baik. (buat jangan x buat)
      - lampu depan berfungsi dengan baik.
      - lampu isyarat sebelah kanan dan sebelah kiri berfungsi
        dengan baik.
      - lampu hazard berfungsi dengan baik
      - hon berfungsi dengan baik
      - pemancut air dan pengelap cermin berfungsi dengan baik
      - untuk takometer..korang kena tekan minyak ok..
        then meter takometer akan naik. Pastu cakap berfungsi
        dengan baik jugak.
12. Last but not least...perkara paling penting yang wajib. ingat 
      kalau nak lulus JPJ test adalah uji tali pinggang keledar dan 
      pakai. (cara nak uji tali pinggang..korang tarik skit tali pinggang
      dan sentap dengan kuat 2 kali). Barulah markah korang x kena 
      potong.
13. Ok..then jangan rude sangat tiba2 terus nak gerak. X sabar bena 
      nampak. Minta izin JPJ mohon mula bergerak ye..korang.

 ¬¬ sebelum memulakan perjalanan di jalan raya..brek tangan 
       jangan lupakan dijatuhkan..haha kan jadi macam lin plk ¬¬   
   
so that all untuk RPK dan RSM lin kali ni..korang x semestinya ikut seratus peratus seperti yang lin tulis..kalau korang biasa cara lain pun x menjadi kesalahan..asalkan betul.


---ada tersalah tulis or tersilap ejaan..or even tersilap faham tu harap dimaafkan sbb lin hanyalah manusia biasa :D ---
---so good luck yang bakal tempuhi JPJ test nanti--
---selawat kalau korang berdebar sangat sambil tangan di dada---
---ingat Allah selalu---
---kalau yakin boleh in shaa Allah..Allah bagi untuk kita lulus---

Till now..bye.



Suka??Like lah.Takkan like jer comment tak nak???

Alhamdulillah lulus sudah JPJ test kereta



Alohaa...hehe. Lin rasa bersyukur sangat dah pass JPJ test untuk kereta kelmarin. Hipp hipp horrayy..haha terlebih excited plk. Bercerita pasal klmrin..mula2 datang ke institut memandu memang da macam orang xde perasaan..bagi lin, lin dah malas nk rsa berdebar sangat sbb bila lin start berdebar rsa debaran tu akan mengalir ke perut..hah mula la sakit perut bagai sbb berdebar yang teramat..post sebelum ni lin ada cerita pasal lin test motosikal dulu dua kali sbb terlalu berdebar..bagi yang belum baca ..

First lin buat RPK( Rutin Pemeriksaan Kenderaan)..nasib boleh JPJ lelaki yang baik dan sporting habis ..huhuhuaa..punyalah excited buat RPK last2 lin xingat nak bagitau aras air dalam bateri..haha. kena potong markah. padan muka. Apabila blur datang menjemput yang terlintas di fikiran hanyalah tawakkal kepada Allah SWT.  

Then, time untuk RSM dalam litar..fuhh. nasib boleh JPJ yang lagi baik dan sporting drpd yang RPK..hehe. Alhamdulillah Allah permudahkan. JPJ lelaki jugak..haha. Langsung x marah lin even banyak RSM yang lin lupa nk buat..skali lagi blur datang menjengah masa tu..hehe. suka bena blur menziarahi otak lin klmrin. JPJ tu hanya tegur lin dengan baik dan sopan lin kira..hihi terima kasih tuan..jasa tuan akan sentiasa dikenang. Siap tanya sekolah mana..dapat SPM berapa A lagi?.haha. Rasanya msa RSM lin paling lama nak mula..orang lain sekejap je. Tapi yang malang sikit ujian litar lin kena pakai kereta kancil..what!! lin terbiasa hanya kereta viva..maklum lah sebelum ni mana lin pndai kendalikan mana2 kereta. Lin pun tawakal jugak jela masa tu. Lin terus terang dengan JPJ tu lin x biasa kereta kancil..haha. berani kau ye lin..then JPJ tu jawab>> 'xde pulak nak bagi kereta viva untuk awk sbb dalam litar ni semua pakai kereta kancil'..muahaha. aku sengih je. Then sempat lagi sebelum dia turun lin 'tanya macam mana nak naik bukit pkai kancil?' hadoii rasa macam memang muka x thu malu. Then JPJ tu jawab..'awk naik je macam biasa..tekan brek kaki angkat brek tangan bila tayar da msuk petak kuning..angkat kaki perlahan lahan kalau rasa macam kereta da x terundur angkat tangan..ehh rasa macam saya pulak yang mengajar awk'..aku sengih memanjang..hihi. Again terima kasih tuan

Nak dikatakan lin naik bukit tu...naik perlahan lahan..ehh ehh sikit lagi nak sampai tiang pertama..come on kereta..then terus terundur..haha. Kan tekan minyak kan nanti terlajak jatuh bukit pulak..then diberi second chance..nasib bukit ada dua chances.. kalau x air mata depan orang..huhu. Naik kali kedua lin bismillah bnyak2 sambil2 tawakal..fuhh nasib menyebelahi lin..Alhamdulillah lulus bukit..

Masalah kedua lin adalah side parking..haha. Almost cermin sisi nak melepasi garisan putih yang putus2..lin bersyukur sbb lulus jugak..yang 3 lagi iaitu 3 penjuru, liku z dan liku s semua xde masalah..lin lulus 59/70. Markah lulus 56/70. haa almost je kan.

So cabaran yang last adalah jalan raya. Got JPJ perempuan..haha. Yang lin xnak tula yang mendatang..punyalah ramai JPJ lelaki memang kena atas muka lin JPJ perempuan. Orang kata JPJ perempuan cerewet sikit tapi nasib JPJ tester lin ni ok..diam je. Kalau cerita2 sebelum ni lin dengar JPJ perempuan ni memang sape yang dapat tu nasib la. Kena tadah telinga jela dalam kereta..Again RSM..blur and blur lagi..hilang 2 markah..haha. Then yang paling lucu masa nk mulakan perjalanan..feeling tgah excited. OPPS kereta mampus..haha. Then kena tegur handbrake lin x jatuhkan..hadoii haprak betul lin ni..malu aihh kat JPJ..markah hilang lagi,,adudu. During perjalanan xde masalah sangat tapi of course lin nampak dia ada tanda2..haha. Entah la macam mana nak puaskan hati tester..even lin buat pun kena tanda jugak..even kita bawak dengan penuh santun lembut lagi bersungguh pun ada je yang ditandakan.huhu. Memang jalan raya lulus atas pagar la..64/80..markah lulus pun 64/80. Alhamdulillah. Memang nampak masa dia tengah kira2..wah giler la bnyk kut lin salah hati masa tu da x sedap. Tapi mujur lulus

Then dua2 da lulus alhamdulillah..rasa beban ni da ringan..hehe. 
Sekalung terima kasih kepada cikgu lin Kak Ma..orangnya yang baik..sabar mengajar lin..even ada jugak kena marah..haha. Memang klmrin ayat yang paling most lin cakap adalah terima kasih,,hohoho. Itulah saja untuk pengalaman lin bagi JPJ test untuk kereta. 
Alhamdulillah dua2 dah pass..baik motosikal mahupun kereta. Semoga lin menjadi pemandu yang berhemat di jalan raya..hikhik.

---so for next update lin adalah pasal RPK dan RSM kereta---
lin chow dlu yaw...
sekian.




Suka??Like lah.Takkan like jer comment tak nak???

Keramat Day Test JPJ


Ok ok..da brape lame da lin x posting something kat blog lin yang memang selalu sangat berhabuk ni. even though now tengah goyang kaki 24 jam x thu ape benda nk dibuat kat rumah but still terasa diri ni teramatlah busy sampai blog ni dibiarkan begitu saja setelah sekian lama..haha.

By the way...lin now tengah tunggu nk test jpj kereta pada 17/3/2015..yeahh tarikh keramat yg selalu bermain di minda dan fikiran sekarang ni. another keramat day lpas tarikh 3/3/2015 lpas..yess tarikh result spm ku..tp result lin xde la gempak sangat..huhu. But still puas hati sbb usaha lin sndiri kan.

Now duk sibuk naling a.k.a berdebar untuk test jpj..yeahh as everyone know..test jpj yang terbaru ni dah berlainan sangat dah dengan yang dulu..that why lin jeles dengan abang2 dan akak lin yg da dapat lesen kereta..mohon abang2 dan akak lin bersyukur ya..now lin je yang duk sibuk sakit kepala memikirkan test jpj yang bakal menjemput nanti..nk buat macam mana x mampu nk salah keadaan tetapi hanya mampu menghadapinya dengan sabar dan tenang tanpa cepat melatah.

Disebabkan modul test jpj sekarang da lain dan da diperbaharui pada julai thun lpas lg..ramai yang still terkapai kapai dan tertanya tanya macam mana nk buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)..begitu juga la dengan lin ni. But it's okay nanti lin da lulus test jpj lin cuba bantu korang2 yang kat luar sana pasal RPK okayy...for now doakan yang terbaik jela untuk lin untuk test jpj lin nanti.

Kenapa lin sebut keramat day?? sebab awal thun lpas lin da test jpj untuk motosikal..dua kali jgk kau lin test..huhu. Tu pasal lin sebut keramat...first test pom sangkut dua2 bahagian untuk litar dan jalan raya..haha..sound funny tp bila diingatkan haritu punyalah hari paling buruk dalam hidup lin..xpernah rasa se down itu..yelah at least org lain kandas salah satu bahagian tp lin...haha dua2 lin tapau. Bila dah perasaan nervous yang teramat sangat tu datang semua x menjadi bg lin. Tapi Alhamdulillah test kali kedua tu dua2 lulus setelah lin mengumpul semangat lin untuk terus berusaha dan paling ajaib perasaan berdebar kurang sangat masa tuh sbb lin selalu pujuk hati ni dengan berselawat. Satu je yang lin pikir masa tu..YA Allah bialah lulus kali ni..sbb aku kesiankan ayahku. Well lin memang kesiankan ayah lin yang penuh berharap lin lulus..lgpun mengulang jpj test bukan free..adudu. Masa test pun dua2 kali ayah lin tunggu lin habis test..mklum lah datang dengan ayah..haha. Anak ayah faham2 la. Test kali kedua lebih terharu sbb ayah lin sempat pesan sebelum beberapa minit lagi turn lin tiba..ayah pesan jangan terlalu berdebar dan baca bismillah sebelum mula..hehe. masa test mula2 ayah lin x cakap ape2pun sbb mngkin nmpak lin rilek jerr..tp dalam hati Allah je yang tahu..tp yg mujurnya test dulu xde RPK..adoiiya. 

So..untuk test jpj kereta kali ni ditambah dengan RPK yang mngkin kalau gemuruh sangat boleh tersasul punya membuatkan lin agak eee..stressnya. hadoii. Tapi untuk test kali ni harap2 dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT..hopefully x berdebar sangat macam mula2 first time test jpj motosikal dlu..well said lin sebenarnya jeles dengan semua org yang da ada lesen kereta..especially of course kawan2 lin yang lain..

Anyway harap orang yang membaca entry lin kali ni tolong doakan lin lulus jgk okehh..hehe.
Terima Kasih
Semoga diberkati dan dirahmati oleh Allah selalu
..Dimulakan dengan Bismillah..
..Diakhiri dengan Alhamdulillah.. >_<



Suka??Like lah.Takkan like jer comment tak nak???

copyright © All Right Reserved by Allyn Allieyna 2010-2016