RPK dan RSM kereta
Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Kereta
1. Cermin hadapan kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah,
tidak retak.
2. Bilah pengelap cermin berada dalam keadaan baik, lembut, tidak
retak, tidak koyak.
3. Bonet berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak terbuka.
4. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca..
(sebut nombor plat kereta korang dapat).
5. Lampu hadapan sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan
baik, tidak pecah, tidak retak.
6. Bamper berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.
7. Lampu isyarat sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak
pecah, tidak retak.
8. Cermin sisi sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak
pecah, tidak retak.
9. Tayar hadapan sebelah kanan:
- bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
bunga tayarnya).
- tekanan angin mencukupi.
- keadaan fizikal tayar baik.
10. Pintu hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh
dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
11. Tingkap hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik,
boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
12. Jangan lupa tarik dan tekan tombol bonet dan but yang berada
berdekatan di tempat duduk pemandu sebelum pintu pemandu
(pintu hadapan sebelah kanan) ditutup.
13. Pintu belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh
dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
14. Tingkap belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik,
boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).
15. Tayar belakang sebelah kanan:
- bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
bunga tayarnya).
- tekanan angin mencukupi.
- keadaan fizikal tayar baik.
16. Cermin belakang kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah,
tidak retak.
17. Lampu isyarat, mengundur dan lampu brek sebelah kiri dan kanan
berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
18. Lampu brek ketiga berada dalam keadaan baik, tidak pecah,
tidak retak.
19. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca
(sebut nombor plat kereta yang korang dapat).
20. Buka but dan periksa komponen dalam but:
- tayar ganti ada (sebut tiga komponen iaitu..bunga tayar,
tekanan angin, dan keadaan fizikal tayar).
- perkakas asas ada dan mencukupi.
- segi tiga amaran ada dan.
- alat pemadam api ada.
(selesai periksa, tutup but)
21. Bamper belakang berada dalam keadaan baik dan kemas,
tidak longgar.
22. Tayar belakang sebelah kiri:
- bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
bunga tayarnya).
- tekanan angin mencukupi.
- keadaan fizikal tayar baik.
23. Pintu belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh
dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
24. Tingkap belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik,
boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan
cermin).
25. Pintu hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh
dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
26. Tingkap hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik,
boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan
cermin).
27. Tayar hadapan sebelah kiri:
- bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok
bunga tayarnya).
- tekanan angin mencukupi.
- keadaan fizikal tayar baik.
28. Lampu isyarat sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak
pecah, tidak retak.
29. Cermin sisi sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak
pecah, tidak retak.
30. Buka bonet dan periksa komponen dalam bonet (perkenal
paling kurang 7 komponen dalam bonet).
- Bekas simpanan air pencuci cermin.
> air ada dan mencukupi
- Tabung minyak brek.
> paras bendalir brek mencukupi.
- Batang penyukat minyak enjin.
> tarik penyukat dan lap (biasa jpj akan sediakan kain atau
tisu). masukkan balik dan tarik balik. paras minyak enjin
mencukupi antara F / L
- Tali sawat.
> masih terik, tegang, tidak kendur
- Bateri sel basah / kering.
> (buka penutup bateri sel basah dan periksa air)
- Hos tangki air.
> getah masih lembut dan boleh digunakan
- Penutup tangki air (radiator).
> buka penutup, pastikan paras air mencukupi dan tutup
dengan rapat
- Tangki air simpanan untuk tangki air
> buka penutup, pastikan paras air mencukupi
..bonus untuk korang kerana sabar membaca RPK yang lin tulis..
>> ni lin bagi jugak RSM untuk korang sebagai panduan<<
sebab ada je yang tanya lin kelmarin macam mana nak buat RSM
Rutin Sebelum Memandu (RSM) Kereta
1. Pastikan first sekali korang masuk dalam kereta bagi salam kat
orang JPJ yang menjadi tester korang. Barulah nampak sopan.
- Assalamualaikum Tuan
- Assalamualaikum Puan
2. Then, masuk duduk dengan tenang..
3. Start komunikasi dengan JPJ..pastikan brek tangan ditarik.
(walaupun dah ditarik..korang turunkan semula dan tarik
sekali lagi).
4. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan.
5. Tentukan kedudukan tangan (stering sama betul dengan nadi
korang).
6. Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri..serta cermin
pandang belakang (buat tau jangan cakap je..hehe)
7. Ok then, korang ONkan suis kereta korang..jangan hidupkan
enjin lagi.
8. Check instrumen kat dashboard depan korang tu..jangan blog
je korang ingat ade dashboard. haaa. Tunjukkan kat Tuan
atau Puan JPJ tu ye.
- nyatakan tolok bahan bakar (ikut keadaan kereta korang la).
- nyatakan tolok suhu enjin (ikut keadaan kereta korang la).
- tunjukkan lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu
amaran bateri dan lampu amaran brek tangan.
9. Seterusnya pastikan gear berada dalam keadaan bebas
(Gerak2kan gear). so that JPJ perasan perbuatan korang.
10. Hidupkan enjin..(jangan lupa. tolong la jangan lupa pastikan
kaki korang menekan brek atau cekam/clutch)..so that JPJ
x tick dalam kotak borang ujian korang). Lin alaminya..haha.
11. Mula memastikan peralatan kereta korang berfungsi dengan
baik. (buat jangan x buat)
- lampu depan berfungsi dengan baik.
- lampu isyarat sebelah kanan dan sebelah kiri berfungsi
dengan baik.
- lampu hazard berfungsi dengan baik
- hon berfungsi dengan baik
- pemancut air dan pengelap cermin berfungsi dengan baik
- untuk takometer..korang kena tekan minyak ok..
then meter takometer akan naik. Pastu cakap berfungsi
dengan baik jugak.
12. Last but not least...perkara paling penting yang wajib. ingat
kalau nak lulus JPJ test adalah uji tali pinggang keledar dan
pakai. (cara nak uji tali pinggang..korang tarik skit tali pinggang
dan sentap dengan kuat 2 kali). Barulah markah korang x kena
potong.
13. Ok..then jangan rude sangat tiba2 terus nak gerak. X sabar bena
nampak. Minta izin JPJ mohon mula bergerak ye..korang.
¬¬ sebelum memulakan perjalanan di jalan raya..brek tangan
jangan lupakan dijatuhkan..haha kan jadi macam lin plk ¬¬
so that all untuk RPK dan RSM lin kali ni..korang x semestinya ikut seratus peratus seperti yang lin tulis..kalau korang biasa cara lain pun x menjadi kesalahan..asalkan betul.
---ada tersalah tulis or tersilap ejaan..or even tersilap faham tu harap dimaafkan sbb lin hanyalah manusia biasa :D ---
---so good luck yang bakal tempuhi JPJ test nanti--
---selawat kalau korang berdebar sangat sambil tangan di dada---
---ingat Allah selalu---
---kalau yakin boleh in shaa Allah..Allah bagi untuk kita lulus---
Till now..bye.
Suka??Like lah.Takkan like jer comment tak nak???
copyright © All Right Reserved by Allyn Allieyna 2010-2016
Tq. Sgt mmbntu..👫
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ok no prob :)
Deleteassalamualaikum. awak. thank you so much ! saya rasa blur gile. sepanjang 5 1/2 jam tu,cikgu saya ajar sekali je. yg lain2, dtg cop jari je. pastu balik. :'(
ReplyDeleteWaalaikummussalam..haha. normal lah tu. Sama jelah dgn sy. Wc. No prob. :D
DeleteThanks for the info... sgt membantu.. harap sy dpt bt yg terbaik nt..jemput singgah di blog sy jgk... booster cinta illahi. :)
DeleteOk no prob awk..alhamdulillah suka dpat bntu org :) in shaa Allah ada msa sy singgah
DeleteTq awak..hri ni bru nk test qti..tp nebes sbb xmo ulg..hahaa..nsib baij tfikir nk gugel then jmpe ur blog..tq yunk!
ReplyDeleteOk wc..no prob. Hehe :D
DeleteAssalam..hai..boleh gitau x macam mana cara nak buka penutup bateri nak cek air..tolongg..urgent
ReplyDeleteWassalam..buka pnutup kecil bateri tu macam biasa then intai air through lubang bateri yg dibuka tu..ada air. Then tgok body bateri tu check paras air dlam bateri..kalau paras air antara max ngan min ckap je..paras air dalam bateri mencukupi..xperlu nak cakap pnjang2 sbb nk kejar masa. Maaf bru balas busy skit. :)
DeleteSalam! Thankyou sooo much! I ikut smua ni taw. Plus tmbh sikit dr buku nota. Btw i dpt 66/70, 74/80 😂😂 thankyou. May God bless you okay 😄
ReplyDeleteWassalam..Alhamdulillah. welcome. Wow tahniah lady imann. In shaa Allah :D. Tq
Deletetgh cari2 maklumat mengenai rpk, alhamdulillah terjumpa blog ni, bole digunakan utk jpj minggu depan. mase qti hari tu baru ckgu bgtau kene buat smua ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ok good luck. Biasa la tu ckgu nak wak surprise. Hehe >_<
Deletethank you it really awesome
ReplyDeletethank for sharing ur experience
detailly but somehow difference place difference method and difference tool
example when i tested it has a kind of tool for pull the car and no alayt memadam api
finally appreciate to it
Ok wc mike..no prob. Yes you're right. Different place different ways. It is based on my experience :)
DeleteInfo yg sngt berguna!! Terima kasih!!
ReplyDeleteSama2..alhamdulillah :)
Deletekak..boleh tak buat tutorial buka wiper depan ngn belakang..blur la..cikgu saya suka tido
ReplyDeleteHaha..sorry lambat rep akak busy study nak buat tutorial lg la x sempat dik oii..wiper side kiri stereng..tolak ats bawah means boleh adjust kelajuan yg kita nak.
DeleteHidupkan enjin..(jangan lupa. tolong la jangan lupa pastikan
ReplyDeletekaki korang menekan brek atau cekam/clutch).. Yg ni tak phm la ,, bole terang kan x ?
semasa nak hidupkan enjin tu jngan lupa kaki tu pastikan tekan brek atau clutch..sbb dalam borang JPJ dia akan make sure kaki kita tekan sama ada brek atau clutch. kat situ ada markah. kalau x buat kena potong markah.
DeleteAssalam , sy takot sgt test jpj ni sbb sy susah nak ingat cara parking , dgn bahagian dalam enjin . Sy keliru dgn gamba2 nye y mane satu . Sbb dlm buku teks gamba nye lain . mase buat rsm kene ikot urutan ke mcm y akak bg ni ?
ReplyDeleteAkak rasa xpe kut kalau x ikut urutan pun. Asal jngan ada yg trtinggal sudah. Sbb nnti kena potong markah rugi. Akak rasa elok adik request ckgu adk utk buat rpk dan rsm senang kalau ada yg salah boleh ckgu adk perbetulkan sbagai persediaan utk dinilai dan test jpj :)
DeleteTerime kasih banyak kak sebab reply . Test jpj sy 22feb taktaula mcm mne nanti . Harap2 okey . Masyeh kak 😊
DeleteOk sama2..good luck nanti utk test jpj ye..in shaa Allah boleh buat. Yg penting jngan terlalu nervous sbb mngkin fokus pom boleh terjejas. Xpe bismillah dan selawat bnyak2 ;)
DeleteAssalam kak bulan 2 haritu sy dah buat test jpj rsm dan rpk mmg sy ikot step y akak bagitu . tp sy fail bahagian side parking. mase jpj panggil keluar kereta sbb gagal lbh line kuning masetu kecewa sgt . test jpj kali kedua 20april haritu alhamdulillah happy sgt sy lulus rasa lega syukur sgt2 . skrg tgh tunggu lesen P . thanks jgk kt akak sbb bg tips kat atas :)
DeleteWassalam..ooh. Tahniah dear :). Most welcome.
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteOk sama2 :)
DeleteErm, nak tanya, kalau check brake tangan, cermin semua tu kena cakap dalam keadaan baik ke? Ke just betulkan je? Maksud sy, masa check brake tangan tu kena cakap dalam keadaan baik eh? G lainlain pun eh? Huhu, thank you.
ReplyDelete*Yg
DeleteBrdasarkan pnglaman sy..sy x ckap pun dalam keadaan baik ke ape..just ckap brake tngan berfungsi..pastu ckap la btulkan cermin sisi ke ape. Kiranya komunikasi sgt pnting jgk la :)
DeleteOkay, thank youu.
DeleteWelcome ;)
DeleteWaaa . Terime kasih Yee , cikgu saye aja sekali je tu yang tak paham sngat . Besok Da nak jpj , takut plak rasenyee . Doakan saye lulus Yee .
ReplyDeleteSama2..so lulus x? :)
DeleteSenang ah test jpj,yng penting jangan gabrah je
DeleteYup...kalau gabrah sgt nanti semua jd x kena. Buat slow and steady je
DeleteSaya nak test esk.. tq for the rpk n rsm yg detail ni.. saya pun ada buat pasal kelas memandu tp entry ni pasal cara nak parking dan lain2 halangan kat trek.. ada masa bolehlah lawat.. airia98.blogspot.my/2016/02/lets-do-some-revision-about-driving.html?m=1
ReplyDeleteWelcome..in shaa Allah ada msa sy lawat ye ;)
DeleteTerima kasih info.. nak tanya.. masa laraskan tempat duduk,betulkan cermin sisi,cermin pandang belakang,cek hand brake,pastikan gear dalam keadaan bebas dan yang lain2 tu.. semua kena cakap ke dengan penguji JPJ..??
ReplyDeleteNur Khairiah.. esok test ke? Kt mne? Kite pun test besok....
Sama2..better komunikasi la. So that x krik2 :D boleh cakap..hand brake berfungsi dgn baik ke..laraskan tmpat duduk..betulkan cermin sisi, cermin pndang blakang semua tu. :)
DeleteDoakan sy lulus ye...esk dh jpj test...x sangka esk test...selalu igt "lmbt lg x pe ad lg bape minggu lg"...hope markah yg baguz utk esk...
ReplyDeleteIn shaa Allah..good luck ye esk..buat yg terbaik. Haha :D
DeleteAna 29 Feb ni test JPJ, nasib baik jumpa blog awak😂 And btw cikgu ana tu dalah ajar sekali imbas, cemanalah ana nak ingat kan. Lepastuh buku tu ingat tak penting so ana campak jelah memana. Ehh tetiba cikgu cakap "awak ni tak baca buku ke" em ana pun hahahahha cannot go tau. Tapi yang ana kurang RPK, RSM & BUKIT. Bukit tu paling geram, sebab kalau dapat kereta clutch pendek, matilah nak! Hahahah btw ta so much!
ReplyDeleteHaha..biasa la ckgu kadang2 bukan ajar menyeluruh sgt. Hehe ok2 welcome :)
DeleteAsslam,. Bgi nmbr 10 tu cmana eh?(RSM)
ReplyDeleteJngn lupa msa nak hidupkan enjin kaki make sure ats clutch atau brek. Kalau x jpj akan potong mrkah. Dia ada mrkah utk tu dalam borang test jpj.
DeleteAssalammualaikum awk...thanks for information sbb sok sy de test jpj hrap2 dpt ikut pe yg awk kasi tu insyallah...☺
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Sama2 :-)
DeleteAssalam. kak saya esok dh qti. tapi pasal RPK dgn RSM cikgu tak ajar pun. terus belajar bawak. lepastu dia kata esok qti jangan lupa buat RPK dgn RSM tu. ikut dlm buku. Omaigod. nervous sangat. terima kasih information ni. dapat juga membantu saya. harap2 lulus qti.
ReplyDeleteWaalaikummussalam..biasa la kalau ckgu x ajar. Kna ada inisiatif sendiri. Ok sama2. Good luck test jpj akan datang
Deletekalau betulkan cermin sisi tu kan , nak betulkan camne ? maksud saya, kita kan duk dalam kete . pastu nak betulkan cermin sisi tu kena keluar pulak lah hahaha ke macam mana . sorry for the silly question
ReplyDeleteBtulkan masa kita duk dlm kereta la. Haha. >_<
DeleteThanks :) last minute ada jugak benda yang membantu.
ReplyDeleteWelcome..seronok dapat membantu :)
DeleteAssalamualaikum . Thank you so much bagi info yang sangat berguna macam ni. Huhuhu hilang sikit nervous ni . Alhamdulillah terima kasih banyak2 :))
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Most welcome..alhamdulillah. :)
DeleteAssalam sis...masa rpk nak bagi salam dan perkenalkan diri ke?atau pun terus sebut je?
ReplyDeleteWassalam..seeloknya bagi salam la dlu. Perkenalkan diri sis x buat cuma sis trus minta kebenaran nak buat rpk tu je
DeleteOkey tq dear....sangat membantu esok jpj test
DeleteOk..welcome. Good luck test jpj. Wak elok2. :)
DeleteLitar je pas...luar fail..lupa bgi signal...hmmm..mggu dpan ulangan jalan raya...
DeleteOoh xpe2 jngan kecewa..buat yg lg baik ye nanti. Memang rmai yg x past sbb lupa bg signal. Jd signal memang kena ingt sgt2. :)
Delete😢 okay tq ye...
ReplyDeleteJngan sedih2..
DeleteSya dh lulusssss......hapy gilerrr....tp ase ksian plk kt kwn sya tu..msuk ari nie..dh 2 kali dy fail..nty 17/4 plk ulangan..
ReplyDeleteWow tahniah.. :)
DeleteTq wak...Sgt membantu😍😍
ReplyDeleteOk2 welcome...;)
DeleteSalam
ReplyDeleteSangat membantu Lin
Qti pun dh start rpk dn RSM kan.
Wassalam.
DeleteTq..seronok dpt mmbntu.
Yup :)
Alin buka bonet didepan tu time bila
ReplyDeleteLpas kita terang pintu sebelah kanan k atau?
Buka bonet dpan tu step yg last skali..then terang komponen yg ada dlam bonet dpan tu.
Deletefuhhhh nasib jmpa blog ni , 19hb 4 ni test jpj .. part enjin n bukit mmg sy lemah :( dah lha x prnh bwk kereta.. harap2 semua okay naty n lulus...
ReplyDeleteHehe..ok good luck nnti test. Lin pun test jpj 2 kali bru pass naik bukit. In shaa Allah lulus. Jngan gabra. Just slow and steady je ;)
DeleteTerima Kasih atas info ni . Harini test JPJ . Harap lulus . Nebes jugak ni . Hahah
ReplyDeleteOk sama2. Seronok dpat membantu :)
DeleteMekaceh...sgt2 membantu dgn kaedahnye yg detail..
ReplyDeleteOk sama2..seronok dpat membantu :)
DeleteEntry ni boleh digunakan utk org yg ambil lesen kereta auto tak?
ReplyDeleteMaaf x sure plk..rasanya lebih kurang sama kut :)
DeleteTq tq sis.saya qti 25/4 . Byk mmbntu ,doakan saya sis!:)
ReplyDeleteOk welcome dear..in shaa Allah. Buat elok2 qti ngan test jpj nnti ;)
DeleteSalam. Awak ada twitter atau wechat tak? Saya nak tanya banyak pasal lesen kereta ni.
ReplyDeleteWassalam..maaf. Boleh rujuk mane2 ckgu memandu kat akademi
DeleteAlin masa bawa jpj
ReplyDeleteAde tak dia Tanya pasal olahgerak
Xde plk jpj tnya psal olahgerak.
DeleteHelo kak . rsm tu mesti buat sblum memandu kn . Jd klau bertukar kereta ? Nak buat rsm lg ka ?
ReplyDeleteMaaf akak x berapa faham dgn soalan yg ditnya..tp mngikut penglman akak setiap kali nk mulakan pemanduan kna buat rsm
DeleteYup, setiap kali naik kete bahagian kpp02 dan kpp03 perlu buat rsm
DeleteOk tq :-)
DeleteTq buat artikel ini .. Alhamdulillah baru semalam saya lulus test .. Saya amik di pusat memandu behrang perak
ReplyDeleteWelcome..alhamdulillah tahniah.bgus2
DeleteMasa last day 3 penjuru langgar line kuning .. Last minit baru tahu step dia .. Alhamdulillah
DeleteAdmin buat nak dapat lesen P tunggu berapa lama ? Kalau terus ke jpj boleh siap hari tu jugak ka ..
ReplyDeleteSy g terus ke jpj dpat haritu jgk.
DeleteSaya hantar kat pusat memandu saya je .. Diorang kata kena tunggu seminggu baru siap .. Dah lh excited nak bawa kete ni .. Hehehe
DeleteYup hntr kat akademi memandu memang lambat la sikit. Sabo je la. Haha
DeleteOkay kena banyak bersabar .. Yang penting dah pass test .. Hehehe
Deletethankyou :)
ReplyDeleteWelcome ;)
DeleteTerima kasih Alin 😄
ReplyDeleteSama-sama..seronok dpat membantu :-)
Deletethanks
ReplyDeleteWelcome..:)
Deletesalam akak , sat lagi ada test , doakan ye 😭 nervous sangat ni
ReplyDeleteWassalam...in shaa Allah. Jngan nervous sgt kalau x nanti blank la blur la. Good luck dear ;)
Deleteterima kasih banyak2 share ilmu .esok saya jpj test,nervouss gila huhu. doakan saya tak gabra n lulus 😁
ReplyDeleteSama2 :-)
DeleteKan dah jadi same macam lin.. Haha anywhere thank you
ReplyDeleteWelcome :-D
DeleteAssalamualaikum kak lin 😊 hmm sy pun ada masalah jalan raya, bukit. . Mcm jln raya tu sy tk boley nk tgok cermin sisi, kilometer tu dlm. Masa yg sama 😂😂😂 asyk kne marah jeee. . Bukit lak sy tk pndai nk balance kn clutch /minyak. . Hmm gabraa 😔😔
ReplyDeleteWaalaikummussalam..alamak kalau macam tu kena praktis lbih bnyak lg. Tnya ckgu cra2 yg btul mcam mana nk naik turun bukit. Rilek jngan gabra :-)
DeleteMggu dpn isnin lg stu jpj dah. . Tp parking pun blom belajar 😭😭
ReplyDeleteSearch youtube..kak lin dlu pom slalu survey kat youtube. In shaa Allah membantu sdikit sbnyak.
DeleteAlhamdulillah baru nampak lebih jelas
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok dpat membantu 😊
Deleteassalam...hari nie saya nk test jpj..then jumpe blog nie...pemahaman yg awk tulis sgt berguna...huhuhu..tq yer..dan doakan saya llus utk hrinie...
ReplyDeleteWassalam..alhamdulillah. Welcome 😊
DeleteSalam. esok I test jpj. malam ni usha2 kat google, Alhamdulillah jumpa blog u. thank you lin your post sangat membantu. Wish me luck (berdebar jgk ni) 😂
ReplyDeleteWassalam. Alhamdulillah. Welcome dear ;)
DeleteHye dear nak tanya. . RPK dgn RSM ni kena buat masa test JPJ ke? QTI tu nak kena buat apa pula? sorry tanya sebab cikgu saya langsung tak cakap apa2. .
ReplyDeleteRPK ngan RSM buat masa QTI n test JPJ dear. QTI tu ibarat kata macam rehearsal atau test la sbelum pergi ke test JPJ. Ckgu memandu yg akan nilai :)
DeleteSalam tq for infomation... ari kames ni da tedt jpj... bdbar betol...tp hope sgt lulus...doakan sy ea
ReplyDeleteTq.. dh tua bru nk tkial2 g amik..huhu
ReplyDeleteHaha..xpe2. Biasa la tu. Welcome.
DeleteTq Allieyna...
ReplyDeleteWelcome 😊
DeleteWaalaikummussalam warohmatullahi wabarokatu..samo2 bnyok awe. Alhamdulillah happy buleh tolong. 😊
ReplyDeleteTang rsm tu selalu keliru time bile nk idup kan enjin..dok msj ngn cikgu tnye dye blas lebih kurg je..bkk youtube pn xdpt membantu sbb lain dr yg sy blajar...search google tjmpe blog ni...sgt membantu same mcm sy blajar...28.12 ni sy test....hope lulus....risau jgk nih....tq ye membantu.....😊
ReplyDeleteAlhamdulillah..gembira dpat membantu. Good luck ye utk test jpj nanti. Jgn gelabah buat slow and steady je. 😊
DeleteThanks sis.
ReplyDeleteSaya dah hilangkan kertas RPK dan RSM yang cikgu bagi.
Mujurlah boleh refer kat sini.
Welcome..alhamdulillah nasib baik boleh refer blog ni 😊 good luck
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih atas tip-tipnya cikpuan. Saya dah catat balik nota yang cikpuan tulis di sini untuk rujukan saya. Harap tak menggelabah lepas ni untuk ujian.
Esok saya ada QTI. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita bersama in sha Allah.
Waalaikummussalam. Sama2. Gembira dpat membantu. Good luck utk QTI. Semoga dipermudahkan urusan. In shaa Allah
DeleteAssalamualaikum..nak tanya..sewaktu nk buat test on the road tu, kalau kita dh dpt kereta tu mmg dah on enjin mcm mne ye? Kita nak explain ape je?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..yg tu sy x sure jugak. Tp elok kalau matikan dlu enjin lpas tu baru start buat rsm
DeleteSgt membantu.may allah bless you
ReplyDeleteAlhamdulillah..tq 😊
DeleteGua nk ucap terima kasih
ReplyDeleteXde hal. Sama2
DeleteThank u sis ..sangat membantu.😇takot pon ada..boleh tak buat tutorial mse di jalan raya pulak sis..sebab sye bnyk kali enjin mati di jalan raya..😭 harap2 sisi dapat membantu😊 thank u
ReplyDeleteOk welcome dear 😉 maaf x sempat nk buat sbb busy sikit. Kena pndai imbang slow2 clutch dgn minyak utk elak enjin mati 😊
DeleteThank kak alin santikk. Halalkanlah eah ilmu ni . Semoga saya lulus test JPJ . Aamin.
ReplyDeleteWelcome handsome 😄 akak halalkan and good luck taw test JPJ. In shaa Allah. Aamin
DeleteAkak, saya nak tanya.. Rutin ni kita buat masa test QTI and JPJ jeke? Masa latihan di litar and jalanraya, before mula tu takpayah buat rutin ni?
ReplyDeleteDepends ats ckgu memandu tu sendiri jugak. Masa akak ckgu akak kadang2 buat kadang2 x. Tp msa QTI ngan test JPJ memang wajib lah 😊
DeleteThanx akak allyn benda nie membantu sngt2. Masa buat ujian jalan raya tuu jpj tuu suruh u-turn and then dia bagi lulus...
ReplyDeleteWelcome and congrats 😉 say welcome to P license 😄
DeleteLampu hadapan tu ade lampu besar hadapan dan lampu kecil hadapan kan??
ReplyDeleteCertain kreta ade rasanya..certain xde. Kalau x silap la. Maaf kalau salah. Hatta kalau ade tu cakap je ayat yg sama utk kedua dua lampu 😉
Deletebanyaknyaa tips haha
ReplyDeletethx :D
ReplyDeleteWc 😊
Deletemasa ujian bhg 2(mendaki bukit) perlu tak buat rsm?
ReplyDeleteMasa Lin test JPJ ada buat rsm sbelum mendaki bukit..sorry for the late reply
DeleteTerima kasih. Susah betul nak menghafal benda ni haha
ReplyDeleteSama2
Deletetq alin.... info yang sangat berguna mudah faham..
ReplyDeleteWelcome eika..alhamdulillah senang dapat membantu 😊
DeleteTerima kasih. Nota yang sangat membantu. 🙂👍
ReplyDeleteSame²..good luck 💪
Deletetq.sangat membantu
ReplyDeleteokie..welcome :-)
DeleteTq..menolong sangat..
ReplyDeleteMohon share ya tq sangat membantu
ReplyDeleteAKK. RSM Tu kena buat dua kali eh? I menas mcm mula2 kan buat rpk ngn rsm. Pastu masa jalan raya tu buat rsm lgi kan?
ReplyDeletesaya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj pada 02.01 2019,markah 64/80 n 70/80..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar, baik, dan byk tip yg diajar..blog awak sgt mbntu hilngkan nervous sblum sy test dgn jpj..tq..
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .. Nak tanya kak. .RSM utk kereta AUTO boleh terang kan . ..Terima kasih .
ReplyDeleteRsm perlu cakap atau hanya tunjuk isyarat
ReplyDeleteThanks boss
ReplyDeleteNak tanya....kalu nak buat rpk ni...dia nak kena ikut susunan dalam borang ujian itu ke atau camanab
ReplyDeleteYg ni untuk kereta auto ka manual
ReplyDeleteTq kak☺️☺️
ReplyDeleteDoakan saya lulus ujian ni ye😁
Takut!nervous! Semua ada😅
nak tanya yang no 10 tu kalau auto maknanya sambil hidupkan enjin tu kita kene tekan brek kaki la kan?
ReplyDeletenak tanya yang no 10 utk rsm tu kalau auto maknanya sambil hidupkan enjin kita kene tekan brek kaki la kiranya?
ReplyDeleteOke xblur dh .. dhla cuti pnjng sbb PKP lpstu masuk pakatan buat penilaian terus HAHAHAHAHA .. MAU TAK GILA SAYA
ReplyDeleteAkakkk ! Sya tak confident la .. 16/11 ni ujian jpj saya . rsm pon tak hafal lagi 😭
ReplyDelete